Hari-hariku. (Siri 1)
(ﻤﺭﻟﻴﻨﺎ ﺴﺭﻜﺎﻭﻱ)
(ﻤﺭﻟﻴﻨﺎ ﺴﺭﻜﺎﻭﻱ)
Suara Madam Aishah semakin tenggelam. Mataku terpejam lagi. Kali ini, aku benar-benar telah tertewas. Sudah berkali-kali aku menguap, masih cuba bertahan. Aku akhirnya hanyut dibuai mimpi di dalam kelas Bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris bukanlah matapelajaran yang kugemari. Tidak pula aku membencinya. Tapi, kelopak mataku selalu kalah dari terus terjaga. Kadang-kadang, aku merasa kasihan dengan Madam Aishah kerana mendapat seorang pelajar sepertiku. Mungkin fikirnya aku tidak berminat.
Tiba-tiba, kudengar namaku dipanggil seseorang. Macam kenal suara ni, bisik hatiku lalu kubukakan mata dan menoleh ke arah suara itu. Alangkah malunya aku, Madam Aishah memandangku sambil tersenyum.
“Yes, Harni. What’s your answer for Question 5?” Tanya Madam Aishah, masih lagi tersenyum memandangku.
Aku bertambah gelabah. Soalan mana pulak ni, rungut hatiku. Ternyata, hari ini bukanlah hari yang baik buatku.
“Er, I’m soo.. soo.. sorry madam. I’m no.. not sure which question you’re referring to,” jawabku tergagap-gagap, mengharapkan simpati. Seisi kelas memandangku dengan tawa yang tertahan. Terasa seluruh wajahku merona merah. Malu!
“It’s ok, then.” Jawabnya pendek dan tersenyum paksa.
Langsung, Madam Aishah meneruskan pelajaran dengan jawapan soalan 5 tersebut. Aku pula rasa serba-salah. Risau, jika guruku itu terkecil hati atau marah dengan sikapku yang kerap terlena di dalam kelasnya.
10 minit kemudian, loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Madam Aishah masih lagi bersiap-siap untuk keluar. Kuberanikan diri menghampirinya.
“Madam, I’m sorry that I fell asleep during your class,” kataku perlahan.
“It’s alright.” balasnya ringkas, sambil memandang tepat ke wajahku dengan serius.
“However..” sambungnya lagi.
Hatiku bertambah kecut. Takut dimarahi. Tapi, tanggapanku silap semata. Madam Aishah bertanya padaku seandainya aku mempunyai masalah dengan Bahasa Inggeris ataupun tidak berminat dengan kelasnya. Keputusan peperiksaanku yang lepas kurang memuaskan dan peperiksaan SPM kian hampir. Segala pertanyaan tentang persediaanku menghadapi SPM dikeluarkan. Aku terasa seperti seorang banduan yang dihujani dengan persoalan yang mahukan jawapan.
Soalan-soalan mudah ini menggugat sanubariku. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Yang aku pasti, sikap guruku ini benar-benar menarik hatiku. Tidak seperti guru-guru lain yang aku kenali. Hanya tahu memarahi anak-anak muridnya, seolah-olah mereka digajikan untuk itu. Marah, marah dan marah!
Sehinggakan ada yang bergelar ustaz atau ustazah yang memaki dan memalukan anak didiknya di khalayak ramai. Padahal, Islam mengutamakan kita untuk memelihara maruah orang lain. Tambah mengecewakan, mereka mengajarkan Islam kepada shabab-shabab yang berpotensi untuk menegakkan kembali Islam di dunia. Tidak perlu menjatuhkan air muka anak-anak muda itu, menyebabkan mereka lari dari arah kebenaran.
Rasulullah SAW yang maksum pun menegur sahabat-sahabat dengan cara berhikmah. Bukan sekadar berpesan dengan lisan, malah mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Mungkin ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ itu lupa pada kecaman Allah SWT yang sangat membenci orang yang tidak melakukan apa yang mereka seru kepada orang lain untuk melakukannya.
Hampir 5 minit bersama Madam Aishah, kami pun bersurai. Fuh, leganya hati. Aku pun terus mendapatkan sahabat-sahabat karibku yang setia menantiku di luar kelas. Kami lantas ke bawah sepohon pokok, tempat biasa yang kami luangkan selama 20 minit waktu rehat.

***
“Hoi, mengelamun ke?” Suraya memanggilku, hampir menjerit.
Aku terkejut dengan sapaan Suraya lantas menoleh ke arahnya.
“Ha? Apa? Awak cakap apa tadi?” Tanyaku.
“La, mengelamun! Iskh, dah sampai mana la tadi?” sindir Suraya dengan penuh bersemangat.
Perangai Suraya yang di luar kebiasaan mencetuskan ketawa sesama kami. Setelah puas ketawa, aku lalu menceritakan kejadian di dalam kelas Bahasa Inggeris tadi dan tindak balas Madam Aishah. Sahabat-sahabatku pantas memarahiku kerana asyik tertidur di dalam kelas. Bukan sahaja kelas Bahasa Inggeris, tetapi di dalam matapelajaran yang lain juga seperti Bahasa Melayu, Biologi dan Fizik.
Sisa-sisa waktu rehat yang ada kuhabiskan dengan mendengar leteran sahabat karibku yang berlima itu. Aku hanya mengangguk bosan. Masing-masing melontarkan komen dan pendapat dengan perangaiku yang buruk itu. Ada yang mencadangkan aku tidur lebih awal pada malam hari. Ada pula yang menyarankan aku untuk duduk dengan tegak di dalam kelas dan sebagainya.
Sayang juga mereka padaku, walaupun terkadang kami bertelingkah. Ternyata, pertemuan kami beberapa tahun yang lalu adalah suatu rahmat buatku. Kami bertemu dalam kelas yang sama iaitu Tingkatan 2 Biru. Ketika itu, aku hanya mengenali Fathiyah kerana kami berasal dari kelas yang sama di Tingkatan 1 Biru. Di kelas 2 Biru itulah kami mula mengenali hati budi dan sahabat-sahabat yang lain.
Suraya, Diha, Izzati, dan Hana. Merekalah yang menghulurkan tangan persahabatan kepada kami terlebih dahulu, melihatkan aku dan Fathiyah kurang selesa bergaul dengan rakan-rakan kelas yang lain. Perkenalan kami bermula hanya dengan mengetahui nama dan asal usul, akhirnya bercambahlah bibit-bibit persahabatan yang kini sedang membuah ranum.
Siapalah aku kini tanpa mereka? Fikirku, dan aku tersenyum sendiri…