December 17, 2007

10 Wasiat Assyahid Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah bersembahyamg serta-merta walaubagaimana keadaan saudara sekalipun.

2. Bacalah al-Quran atau tatapilah ilmu, atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir, jangan sama sekali membuang masa dengan perkara yang sia-sia.

3. Berusaha sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab Fush, kerana ianya salah satu syiar Islam .

4. Janganlah banyak berdebat dalam perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Saudara jangan bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara .

7. Jangan saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar, kerana ia menjemukan dan boleh manyakiti pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang,mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara temui sekalipun tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh ikut bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka, dan jika saudara berurusan maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

No comments: